Apa itu margin call FCPO dan macam mana nak elak?
Margin call berlaku apabila baki akaun trading anda jatuh bawah maintenance margin yang ditetapkan.
Bagaimana margin call berlaku:
- Anda buka 1 lot FCPO dengan modal RM 8,000 (initial margin)
- Pasaran bergerak melawan posisi anda
- Kerugian mengakibatkan baki jatuh bawah maintenance margin (~RM 5,600–6,500)
- Firma menghantar notis margin call — anda perlu top-up atau tutup posisi
Apa berlaku jika tiada tindakan:
- Firma berhak force liquidate posisi anda secara automatik
- Ini boleh berlaku pada harga yang paling tidak menguntungkan anda
- Kerugian yang ditanggung mungkin melebihi margin yang didepositkan
Cara elak margin call:
- Pastikan modal anda sekurang-kurangnya 2× initial margin
- Tetapkan stop loss pada setiap posisi sebelum buka trade
- Jangan over-leverage — kurangkan lot jika modal terhad
- Pantau baki akaun anda secara aktif semasa waktu dagangan
Alat bantu:
- Kalkulator Margin FCPO — kira keperluan margin dan buffer
- Kalkulator Saiz Posisi — sizing betul mengikut modal anda
Penafian: Dagangan niaga hadapan berleveraj berisiko tinggi — anda boleh rugi melebihi modal asal. Pendidikan sahaja, bukan nasihat pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut atau buka akaun FCPO?
Hubungi terus remisier CGS kami — bimbingan percuma, tiada obligasi.
WhatsApp +60 17-353 1498